selamat datang ke blog HAMPARAN ILMU ! ! ! !
Tuesday, 15 May 2012
6.3 PENJAGAAN ANAK POKOK
1. Aktiviti-aktiviti penjagaan tanaman hiasan termasuklah :
a) merumput
b) menggembur
c) membaja
d) menyiram
e) mengawal perosak dan penyakit
2. Merumput dilakukan dengan cara mencabut rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan .
3. Merumput dilakukan bertujuan untuk membuang rumpai , mendapatkan nutrien , air , cahaya dan ruang .
4. Merumput juga dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak .
5. Menyiram ialah proses membekalkan air pada tanaman untuk melarutkan nutrient supaya akar dapat menyerapnya dan membantu proses fotosintesis serta transpirasi .
6. Menyiram dapat mengelakkan tanaman menjadi layu . Menyiram dilakukan dengan bekas penyiram bermuncung dan berlubang halus .
7. Penyiraman yang berlebihan pula akan menyebabkan akar tanaman hiasan mereput dan mudah berpenyakit .
8. Permukaan medium yang keras perlu digembur dengan serampang tangan , sudip , atau cangkul . Tujuannya ialah supaya air mudah meresap ke dalam tanah , untuk membaiki pengudaraan , penyerapan nutrient dan membantu pertumbuhan akar .
9. Membaja bermaksud memberikan nutrient tambahan supaya tanaman dapat membesar dengan cepat , sihat dan subur .
10. Membaja dilakukan setelah tempoh dua hingga empat minggu mengubah .
11. Tanaman hiasan yang diserang perosak dan penyakit perlu disembur dengan racun serangga dan racun kulat .

6.2 PENANAMAN ANAK POKOK
1. Pindahkan keratan batang yang telah berakar dan mengeluarkan daun ke pasu atau beg politena .
2. Tahap kesuburan anak pokok yang dipindahkan bergantung kepada nutrien yang terdapat dalam medium penanaman .
3. Medium penanaman yang baik perlu membekalkan air dan nutrien yang mencukupi serta tidak menghalang akar menembusi medium .
4. Medium penanaman terdiri daripada :
a) tanah loam – mengukuhkan pokok .
b) bahan organik – sumber nutrien .
c) pasir sungai – membaiki sistem saliran , pengudaraan , dan
memudahkan penembusan akar .
5. Tanah loam , bahan organik , dan pasir sungai disediakan mengikut nisbah isipadu 7:3:2 iaitu 7 bahagian tanah loam , 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai .
6. Nisbah campuran ini dikenali sebagai J.I.P ( John Innes Potting Compost ) .
7. Bagi tanah loam yang berkadar tanah liat yang tinggi , nisbah 3:2:1 digunakan .
6.2.1 Mengubah Keratan Berakar ke Beg Politena
1. Keratan batang berakar yang dipilih untuk diubah mestilah sihat dan segar .
2. Gali keratan batang berakar bersama-sama dengan segumpalan tanah untuk mencegah kecederaan akar .
3. Buat lubang pada medium penanaman . Tanam dan kambus keratan kemudian kejapkan medium dengan tangan .
4. Anak pokok yang telah ditanam di dalam beg politena perlu diletakkan di bawah naungan dan di siram .
6.1.4 Menyemai Keratan Batang
1. Keratan batang perlu disemai dengan kadar yang segera .
2. Hormon pengakaran dapat digunakan untuk mempercepat proses pengeluaran akar .
3. Keratan disemai dalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium semaian.
4. Langkah-langkah menyemai keratan batang :
i) Masukkan medium semaian ke dalam kotak semaian dan lembapkan .
ii) Buat lubang-lubang kecil di dalam medium semaian .
iii) Lembapkan pangkal keratan batang kemudian celup dalam hormon pengakaran .
iv) Masukkan keratan batang ke dalam lubang secara condong dan padatkan medium di sekelilingnya .
v) Siram keratan dan letak di tempat yang teduh .
vi) Lakukan penjagaan seperti menyiram dan merumput sehingga keratan diubah .
6.1.5 Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
1. Yang berikut adalah cara penjagaan keratan batang .
a) mengekalkan kelembapan medium dengan cara menutupnya dengan selapis plastik lutsinar .
b) masa untuk keratan ini berakar bergantung pada kelembapan medium .
c) melakukan kerja merumput .
d) memberi teduhan .
e) jangan kerap menggerakkan kotak semaian supaya akar tidak rosak .
f) mengubah keratan ke pasu setelah keratan berakar atau bertunas baru .
2. Sebelum mengubah , keratan batang yang berakar perlu diberi pengerasan .
3. Pengerasan dilakukan dengan cara mengurangkan siraman dan mendedahkan tanaman secara beransur-ansur kepada cahaya .
4. Pengerasan bertujuan mengurangkan renjatan anak benih semasa diubah .

6.1.1 Menyediakan Medium Memasu
1. Bahagian yang dikerat , disemai dalam medium semaian .
2. Medium semaian yang baik terdiri daripada :
• 2 bahagian tanah loam• 1 bahagian bahan organik
• 1 bahagian pasir sungai
6.1.2 Jenis Keratan Batang
1. Jenis tanaman hiasan yang dapat dibiak melalui keratan batang bergantung pada jenis tanaman .
2. Jadual yang berikut menunjukkan jenis keratan dan cara penyediaannya .
3. Pembiakan kaedah keratan batang yang dilakukan perlu melalui proses-proses yang berikut :
a) menyediakan batang .
b) menyediakan medium pengakaran .
c) menanam keratan batang .
d) menjaga anak pokok .
6.1.3 Menyediakan Keratan Batang
1. Batang yang dipilih mestilah :
a) sihat , bebas daripada penyakit , dan perosak .
b) tidak terlalu muda atau tua .
c) daripada baka yang baik .
2. Batang yang dipilih mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua buku .
3. Langkah- langkah menyediakan keratan batang ialah seperti yang berikut :
a) Pilih batang yang sihat berdiameter 1cm – 1.5cm .
b) Potong batang sepanjang 15cm denagn sekatuer .
c) Potong bahagian pangkal secara serong untuk menambah permukaan yang
menyerap air .
Sunday, 13 May 2012
tanaman hiasan
6.1
PEMBIAKAN SECARA KERATAN
BATANG
1. Tanaman
hiasan ditanam untuk mencantikkan sesebuah kawasan dan sebagai agen penyaring udara .
2. Tanama
hiasan dapat dibiakkan dengan secara aseks dan seks .
3. Jadual
yang berikut menunjukkan beberapa jenis
tanaman hiasan yang dapat dibiakkan dengan kaedah seks dan aseks .
Kaedah
seks
|
Kaedah
aseks
| ||
Biji
benih
|
Batang
|
Daun
|
Rumpun
|
a) Helianthus
(bunga matahari)
b) Impatients
(bunga keembong )
c) Celosia (bunga
balung ayam )
d)Gompherana
(bunga butang ) |
a) hibiscus
(bunga raya )
b)Bougainvillea
(bunga kertas
)
c) Codiaeum
(pokok puding)
d) Coleus
(pokok ati-ati)
e) Ixora javanica
(siantan )
|
a)sansieviera
( pokok
lidah jin )
b)begonia
c)setawar
|
a) sansieviera
b) orkid
c) caladium
|
Subscribe to:
Posts (Atom)