selamat datang ke blog HAMPARAN ILMU ! ! ! !

Tuesday, 15 May 2012

6.1.4  Menyemai Keratan Batang


1. Keratan batang perlu disemai dengan kadar yang segera .


2. Hormon pengakaran dapat digunakan untuk mempercepat proses pengeluaran akar .


3. Keratan disemai dalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium semaian.


4. Langkah-langkah menyemai keratan batang :


          i) Masukkan medium semaian ke dalam kotak semaian dan lembapkan .


         ii) Buat lubang-lubang kecil di dalam medium semaian .


       iii) Lembapkan pangkal keratan batang kemudian celup dalam hormon pengakaran .


       iv) Masukkan keratan batang ke dalam lubang secara condong dan padatkan medium di sekelilingnya .


        v) Siram keratan dan letak di tempat yang teduh .


       vi) Lakukan penjagaan seperti menyiram dan merumput sehingga keratan diubah .



6.1.5  Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian


1. Yang berikut adalah cara penjagaan keratan batang .


              a) mengekalkan kelembapan medium dengan cara menutupnya dengan selapis plastik lutsinar .


             b) masa untuk keratan ini berakar  bergantung pada kelembapan medium .


             c) melakukan kerja merumput .


            d) memberi teduhan .


            e) jangan kerap menggerakkan kotak semaian supaya akar tidak rosak .


             f) mengubah keratan ke pasu setelah keratan berakar atau bertunas baru .


2. Sebelum mengubah , keratan batang yang berakar perlu diberi pengerasan .


3. Pengerasan dilakukan dengan cara mengurangkan siraman dan mendedahkan tanaman secara beransur-ansur kepada cahaya .


4. Pengerasan bertujuan mengurangkan renjatan anak benih semasa diubah .

No comments:

Post a Comment