1. Aktiviti-aktiviti penjagaan tanaman hiasan termasuklah :
a) merumput

c) membaja
d) menyiram
e) mengawal perosak dan penyakit
2. Merumput dilakukan dengan cara mencabut rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan .
3. Merumput dilakukan bertujuan untuk membuang rumpai , mendapatkan nutrien , air , cahaya dan ruang .
4. Merumput juga dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak .
5. Menyiram ialah proses membekalkan air pada tanaman untuk melarutkan nutrient supaya akar dapat menyerapnya dan membantu proses fotosintesis serta transpirasi .
6. Menyiram dapat mengelakkan tanaman menjadi layu . Menyiram dilakukan dengan bekas penyiram bermuncung dan berlubang halus .
7. Penyiraman yang berlebihan pula akan menyebabkan akar tanaman hiasan mereput dan mudah berpenyakit .

9. Membaja bermaksud memberikan nutrient tambahan supaya tanaman dapat membesar dengan cepat , sihat dan subur .
10. Membaja dilakukan setelah tempoh dua hingga empat minggu mengubah .
11. Tanaman hiasan yang diserang perosak dan penyakit perlu disembur dengan racun serangga dan racun kulat .
salam...mohon halal copy gambar yer tn
ReplyDelete