selamat datang ke blog HAMPARAN ILMU ! ! ! !

Tuesday, 15 May 2012


6.2    PENANAMAN ANAK POKOK


1. Pindahkan keratan batang yang telah berakar dan mengeluarkan daun ke pasu atau beg politena .


2. Tahap kesuburan anak pokok yang dipindahkan bergantung kepada nutrien yang terdapat dalam medium penanaman .


3. Medium penanaman yang baik perlu membekalkan air dan nutrien yang mencukupi serta tidak menghalang akar menembusi medium .


4. Medium penanaman terdiri daripada :


        a) tanah loam – mengukuhkan pokok .


       b) bahan organik – sumber nutrien .


      c) pasir sungai – membaiki sistem saliran , pengudaraan , dan
          memudahkan penembusan akar .

5. Tanah loam , bahan organik , dan pasir sungai disediakan mengikut nisbah isipadu 7:3:2 iaitu 7 bahagian tanah loam , 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai .


6. Nisbah campuran ini dikenali sebagai J.I.P ( John Innes Potting Compost ) .


7. Bagi tanah loam yang berkadar tanah liat yang tinggi , nisbah 3:2:1 digunakan .






6.2.1   Mengubah Keratan Berakar ke Beg Politena


1. Keratan batang berakar yang dipilih untuk diubah mestilah sihat dan segar .


2. Gali keratan batang berakar bersama-sama dengan segumpalan tanah untuk mencegah kecederaan akar .


3. Buat lubang pada medium penanaman . Tanam dan kambus keratan kemudian kejapkan medium dengan tangan .


4. Anak pokok yang telah ditanam di dalam beg politena perlu diletakkan di bawah naungan dan di siram .












No comments:

Post a Comment