6.1.1 Menyediakan Medium Memasu
1. Bahagian yang dikerat , disemai dalam medium semaian .
2. Medium semaian yang baik terdiri daripada :
• 2 bahagian tanah loam• 1 bahagian bahan organik
• 1 bahagian pasir sungai
6.1.2 Jenis Keratan Batang
1. Jenis tanaman hiasan yang dapat dibiak melalui keratan batang bergantung pada jenis tanaman .
2. Jadual yang berikut menunjukkan jenis keratan dan cara penyediaannya .
3. Pembiakan kaedah keratan batang yang dilakukan perlu melalui proses-proses yang berikut :
a) menyediakan batang .
b) menyediakan medium pengakaran .
c) menanam keratan batang .
d) menjaga anak pokok .
6.1.3 Menyediakan Keratan Batang
1. Batang yang dipilih mestilah :
a) sihat , bebas daripada penyakit , dan perosak .
b) tidak terlalu muda atau tua .
c) daripada baka yang baik .
2. Batang yang dipilih mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua buku .
3. Langkah- langkah menyediakan keratan batang ialah seperti yang berikut :
a) Pilih batang yang sihat berdiameter 1cm – 1.5cm .
b) Potong batang sepanjang 15cm denagn sekatuer .
c) Potong bahagian pangkal secara serong untuk menambah permukaan yang
menyerap air .
No comments:
Post a Comment