selamat datang ke blog HAMPARAN ILMU ! ! ! !

Tuesday, 15 May 2012

anak kampung


6.3   PENJAGAAN ANAK POKOK


1. Aktiviti-aktiviti penjagaan tanaman hiasan termasuklah :


a) merumput
b) menggembur
c) membaja
d) menyiram
e) mengawal perosak dan penyakit


2. Merumput dilakukan dengan cara mencabut rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan .


3. Merumput dilakukan bertujuan untuk membuang rumpai , mendapatkan nutrien , air , cahaya dan ruang .


4. Merumput juga dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak .




5. Menyiram ialah proses membekalkan air pada tanaman untuk melarutkan nutrient supaya akar dapat menyerapnya dan membantu proses fotosintesis serta transpirasi .


6. Menyiram dapat mengelakkan tanaman menjadi layu . Menyiram dilakukan dengan bekas penyiram bermuncung dan berlubang halus .


7. Penyiraman yang berlebihan pula akan menyebabkan akar tanaman hiasan mereput dan mudah berpenyakit .


8. Permukaan medium yang keras perlu digembur dengan serampang tangan , sudip , atau cangkul . Tujuannya  ialah supaya air mudah meresap ke dalam tanah , untuk membaiki pengudaraan  , penyerapan nutrient dan membantu pertumbuhan akar .


9. Membaja bermaksud memberikan nutrient tambahan supaya tanaman dapat membesar dengan cepat , sihat dan subur .


10. Membaja dilakukan setelah tempoh dua hingga empat minggu mengubah .


11. Tanaman hiasan yang diserang perosak dan penyakit perlu disembur dengan racun serangga dan racun kulat .







6.2    PENANAMAN ANAK POKOK


1. Pindahkan keratan batang yang telah berakar dan mengeluarkan daun ke pasu atau beg politena .


2. Tahap kesuburan anak pokok yang dipindahkan bergantung kepada nutrien yang terdapat dalam medium penanaman .


3. Medium penanaman yang baik perlu membekalkan air dan nutrien yang mencukupi serta tidak menghalang akar menembusi medium .


4. Medium penanaman terdiri daripada :


        a) tanah loam – mengukuhkan pokok .


       b) bahan organik – sumber nutrien .


      c) pasir sungai – membaiki sistem saliran , pengudaraan , dan
          memudahkan penembusan akar .

5. Tanah loam , bahan organik , dan pasir sungai disediakan mengikut nisbah isipadu 7:3:2 iaitu 7 bahagian tanah loam , 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai .


6. Nisbah campuran ini dikenali sebagai J.I.P ( John Innes Potting Compost ) .


7. Bagi tanah loam yang berkadar tanah liat yang tinggi , nisbah 3:2:1 digunakan .






6.2.1   Mengubah Keratan Berakar ke Beg Politena


1. Keratan batang berakar yang dipilih untuk diubah mestilah sihat dan segar .


2. Gali keratan batang berakar bersama-sama dengan segumpalan tanah untuk mencegah kecederaan akar .


3. Buat lubang pada medium penanaman . Tanam dan kambus keratan kemudian kejapkan medium dengan tangan .


4. Anak pokok yang telah ditanam di dalam beg politena perlu diletakkan di bawah naungan dan di siram .












6.1.4  Menyemai Keratan Batang


1. Keratan batang perlu disemai dengan kadar yang segera .


2. Hormon pengakaran dapat digunakan untuk mempercepat proses pengeluaran akar .


3. Keratan disemai dalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium semaian.


4. Langkah-langkah menyemai keratan batang :


          i) Masukkan medium semaian ke dalam kotak semaian dan lembapkan .


         ii) Buat lubang-lubang kecil di dalam medium semaian .


       iii) Lembapkan pangkal keratan batang kemudian celup dalam hormon pengakaran .


       iv) Masukkan keratan batang ke dalam lubang secara condong dan padatkan medium di sekelilingnya .


        v) Siram keratan dan letak di tempat yang teduh .


       vi) Lakukan penjagaan seperti menyiram dan merumput sehingga keratan diubah .



6.1.5  Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian


1. Yang berikut adalah cara penjagaan keratan batang .


              a) mengekalkan kelembapan medium dengan cara menutupnya dengan selapis plastik lutsinar .


             b) masa untuk keratan ini berakar  bergantung pada kelembapan medium .


             c) melakukan kerja merumput .


            d) memberi teduhan .


            e) jangan kerap menggerakkan kotak semaian supaya akar tidak rosak .


             f) mengubah keratan ke pasu setelah keratan berakar atau bertunas baru .


2. Sebelum mengubah , keratan batang yang berakar perlu diberi pengerasan .


3. Pengerasan dilakukan dengan cara mengurangkan siraman dan mendedahkan tanaman secara beransur-ansur kepada cahaya .


4. Pengerasan bertujuan mengurangkan renjatan anak benih semasa diubah .

6.1.1  Menyediakan Medium Memasu

 

         1. Bahagian yang dikerat , disemai dalam medium semaian .
         2. Medium semaian yang baik terdiri daripada :
                  •  2 bahagian tanah loam


                  • 1 bahagian bahan organik


                  • 1 bahagian pasir sungai





             6.1.2  Jenis Keratan Batang




         1. Jenis tanaman hiasan yang dapat dibiak  melalui keratan batang  bergantung pada jenis tanaman .


         2. Jadual yang berikut menunjukkan jenis keratan dan cara penyediaannya .




         3. Pembiakan kaedah keratan batang yang dilakukan perlu melalui proses-proses yang berikut :


                  a) menyediakan batang .


                  b) menyediakan medium pengakaran .


                  c) menanam keratan batang .

  
                 d) menjaga anak pokok .




6.1.3  Menyediakan Keratan Batang




             1. Batang yang dipilih mestilah :


                    a) sihat , bebas daripada penyakit , dan perosak .


                    b) tidak terlalu muda atau tua .


                    c) daripada baka yang baik .



           2. Batang yang dipilih mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua buku .


           3. Langkah- langkah menyediakan keratan batang ialah seperti yang berikut :


                 a) Pilih batang yang sihat berdiameter 1cm – 1.5cm .

                 b) Potong batang sepanjang 15cm denagn sekatuer .

                 c) Potong bahagian pangkal secara serong untuk menambah permukaan yang
menyerap air . 


   





 



Sunday, 13 May 2012

tanaman hiasan


6.1 PEMBIAKAN SECARA KERATAN
 BATANG



1.      Tanaman hiasan ditanam untuk mencantikkan sesebuah kawasan  dan sebagai agen penyaring udara .

2.      Tanama hiasan dapat dibiakkan dengan secara aseks dan seks .



3.      Jadual yang berikut menunjukkan  beberapa jenis tanaman hiasan yang dapat dibiakkan dengan kaedah seks dan aseks .

<><> <>
Kaedah seks
Kaedah aseks
Biji benih
Batang
Daun
Rumpun
a) Helianthus
 (bunga matahari)
b) Impatients
 (bunga keembong )
c) Celosia (bunga
balung ayam )
d)Gompherana
(bunga butang )
a)  hibiscus
  (bunga raya )
b)Bougainvillea
 (bunga kertas )
c) Codiaeum
 (pokok puding)
d) Coleus
 (pokok ati-ati)
e) Ixora javanica
(siantan )
a)sansieviera    
( pokok lidah jin )
b)begonia
c)setawar
a)   sansieviera
b)   orkid
c)   caladium